Blog

KENAPA LOVING COUPLE POLICY ?

Kehidupan ini adalah satu pinjaman dan tiada siapa yang mampu meramal apa yang akan terjadi di masa hadapan. Jangankan masa hadapan, esok pun tidak dapat diramalkan. Jangankan esok, sejam, seminit dan sesaat selepas ni kita tidak mampu meramalkan apa yang akan terjadi.

Justeru itu, sebagai suami mithali dambaan isteri, apa persiapan kita untuk isteri dan anak- anak syurga kita? Adakah esok masih ada sinar harapan untuk mereka jika kita telah tiada di dunia lagi semalam?

Apa persiapan kita? Fikir dan tanya. Tepuk dada tanya diri sendiri.

Adakah dengan hanya menyerahkan nasib kepada Yang Maha Esa? Atau

Adakah dengan hanya berpeluk tubuh mampu membantu dan rezeki datang dari Yang Maha Esa?

Untuk pasangan suami isteri, saya suka berkongsi tentang satu plan yang sangat comprehensive dan mampu milik untuk merealisasikan anda sebagai suami mithali dambaan isteri


Pernah dengar konsep “Loving Couple Policy” takaful?
Ia bukan produk takaful, tapi konsep dalam melanggan takaful.

Jika belum pernah dan ingin mengetahui lanjut, mohon baca sehingga akhir.

Anda juga boleh klik di bawah ini untuk sedikit info

Baik…saya akan teruskan perkongsian saya tentang Loving Couple Policy ini.

Secara asasnya, kebanyakan kita hanya membuat 1 polisi untuk diri kita sendiri. Tak kisahlah samada anda lelaki atau wanita. Dengan aggapan, ok la tu, sekurang-kurangnya aku dah ada polisi. Tapi bagaimana dengan pasangan kita?

Kerana itu, saya sangat mengesyorkan agar kita mengambil tahu tentang loving couple plan ini dan seterusnya mengambil tindakan bijak untuk keluarga tersayang kita.

Lihat situasi di bawah ini untuk lebih jelas apakah yang dimaksudkan dengan loving couple policy ini.

POLISI A – SUAMI SEBAGAI PEMEGANG POLISI DAN ISTERI SEBAGAI ORANG YANG DILINDUNGI

POLISI B – ISTERI PULA SEBAGAI PEMEGANG POLISI DAN SUAMI SEBAGAI ORANG YANG DILINDUNGI

KEDUA-DUA POLISI ADA RIDER MANFAAT PEMBAYAR ATAU “PAYOR SAVING / PAYOR BENEFIT”

BERBANDING SITUASI LANGGANAN POLISI BIASA; SUAMI MELANGGAN SATU POLISI, DAN ISTERI MELANGGAN SATU POLISI – DENGAN NAMA PEMILIK SENDIRI TANPA NAMA PASANGAN.

Anda nampak dan dapat sesuatu?

Walaubagaimanapun, andai perkara ini telah dibuat, ada kemungkinan ia tidak mencapai matlamat asal disebabkan faktor-faktor seperti di bawah ini. Jadi besar harapan saya agar setiap dari kita faham…bukan sekadar faham sahaja…tapi benar- benar faham dan ambil peduli tentang polisi anda. Saya tidak nafikan ramai di luar sana yang sekadar ambil polisi takaful tanpa faham, ambil polisi takaful sebab sedara mara, adik beradik atau kawan-kawan jadi agent takaful. Dan tak kurang juga yang ambil polisi takaful sebab bos anda juga agent partime. PARAH! Jika inilah sebab anda mengambil takaful!

Ok berbalik kepada isu yang saya nyatakan tadi. Akan ada perkara-perkara yang kita perlu lihat untuk memastikan loving couple policy ini mencapai objektifnya. Ini kerana, jika perkara-perkara yang bakal saya kongsikan di bawah ini berlaku, maka sekian sahaja la hayat plan anda.


1. Selepas beberapa ketika, suami tak bayar pun polisi berkenaan dan ia menjadi lapse.


2. Suami tukar nama penerima hibah kepada nama orang lain atau tambah penerima hibah lain tanpa pengetahuan isteri.

Pernahkah anda terfikir tentang ini? Khususnya buat isteri-isteri diluar sana. Ingatkan langit cerah hingga ke petang. Rupanya hujan di tengahari. Tu ok lagi. Kalau hujan sampai malam? Kalau hujan turun tak berhenti-henti?

Selama hampir 9 tahun saya di dalam industri takaful ini, banyak yang saya belajar, lihat, dengar dan ambil pelajaran.

Ada peristiwa yang selepas kematian suami, si isteri datang ke pejabat dengan membawa polisi arwah suami. Dengan harapan ada sinar untuknya dan anak-anak. Tapi.malangnya setelah disemak, polisi tersebut telah lapsed. Runtuh jiwa..mati hati dan mati akal si isteri. Bagaikan sudah jatuh kerana kematian suami tercinta, sekarang ditimpa tangga pula kerana satu-satunya harapan yang telah dibina rupa-rupanya turut musnah dengan sekelip mata.

Jadi para isteri, TOLONGLAH ambil tahu, ambil peduli tentang perkara ini. Jika anda tidak amibil peduli sekarang, kelak tiada siapa yang akan ambil peduli tentang anda. Percayalah cakap saya.

Untuk sebarang FREE CONSULTATION boleh hubungi saya atau watsup saya di

http://wasap.my/60192625146/lovingcouplepolicy

Anda juga boleh join channel TG saya untuk info-info kewanagan. Lelaki perlu bijak dan Wanita perlu hebat dan kuat! Jangan lupa join channel TG saya di link di bawah ini

t.me/mindakewangan

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *